MEMO

Tarikh
20 Julai 2010 / 8 Syaaban 1431

Perkara
Penangguhan Karnival Konsert Aura Magika Ummah

Merujuk perkara di atas, urusetia Karnival Konsert Aura Magika Ummah (KAMU) dalam mesyuarat penyelarasan pada 19 Julai 2010 / 7 Syaaban 1431, telah mengambil keputusan untuk menangguhkan KAMU ke tarikh yang akan diumumkan kelak menerusi blog rasmi KAMU (http://karnivalkamu.blogspot.com/)

Penangguhan ini bertujuan untuk penstrukturan semula organisasi, penambah baikan pengurusan, memaksimakan tajaan, memantapkan aktiviti, merancakkan promosi serta meluaskan jaringan. InsyaAllah, penangguhan ini adalah demi kebaikan bersama.

Sehubungan dengan itu, urusetia KAMU memohon ribuan kemaafan kepada individu mahupun perkumpulan yang telah bersetuju untuk melibatkan diri dalam KAMU pada 31 Julai 2010.

Yang benar,
Mohammad Akmal bin Abdul Aziz
Pengarah Karnival Konsert Aura Magika Ummah


(p/s : Teruskan mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan KAMU. KAMU akan muncul semula dengan evolusi yang lebih gempak !)

Read More......
Wednesday, July 21, 2010 Posted in | | 0 Comments »

Read More......
Thursday, July 1, 2010 Posted in | | 1 Comments »



1 Julai 2010, Setiausaha KAMU, Sdr. Nurfitri Amir bertolak ke Ambon, Indonesia atas nama misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk di sana. Beliau dijangka akan pulang ke tanah air pada 7 Julai 2010. Selama tempoh ini, urusetia KAMU mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau. Kini gerak kerja KAMU menjadi semakin mencabar. Namun segala usaha yang dirancang akan tetap diteruskan biarpun urusetia KAMU mengalami pelbagai ujian dan dugaan yang silih berganti. Semangat makin berkobar, langkah semakin tegap ! Ayuh terus mara ke hadapan !

Read More......
Wednesday, June 30, 2010 Posted in | | 0 Comments »


Tahniah diucapkan oleh seluruh wargakerja KAMU di atas perkahwinan Sdr Hafiz (Pengurusan artis KAMU) dengan wanita pilihan hatinya. Didoakan semoga beliau berbahagia hingga ke syurga. Salam Mahabbah...

Read More......
Wednesday, June 23, 2010 Posted in | | 0 Comments »

23 Jun 2010, 4.00 petang : Ketika pengarah KAMU sedang sibuk bekerja, hadirlah 1 pengkhabaran yang kurang enak didengar. Sdr. Zaidi (bendahari KAMU) dan Sdr. Saiful (promosi dan pemasaran KAMU) kemalangan jalan raya. Keadaan mereka stabil walaupun lutut Sdr. Saiful dikhabarkan koyak. Setelah keluar daripada Hospital Seberang Jaya, mereka kini dirawat di sebuah rumah sewa di Jelutong. Pengarah merehatkan mereka daripada meneruskan gerak kerja KAMU buat masa ini. Doakanlah kesejahteraan mereka. Syafahumallah...

Read More......
Posted in | | 0 Comments »


Alhamdulillah, poster KAMU telah siap dilakar dan dijadualkan akan menghiasi sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi, serta tempat-tempat awam seluruh Pulau Pinang bermula pada 1 Julai 2010.

Read More......
Posted in | | 0 Comments »



Dengarkan promo Karnival Konsert Aura Magika Ummah, lagu-lagu nasyid daripada Nazrey Johani, AMAR, Mu'adz dan Algebra serta celoteh DJ Miftah di serifm.net dalam sagmen Cahaya Nasyid pada setiap hari, jam 6 petang hingga 9 malam. Cahaya Nasyid@Serifm, sentiasa di hati...


Read More......
Posted in | | 0 Comments »



Tiket Konsert Aura Magika kini boleh didapati secara online eksklusif di blog ini. Murah dan Berbaloi-baloi. Tempahlah sekarang !

Harga tiket :

Kanak-kanak (berumur 12 tahun dan ke bawah) RM 5
Dewasa (berumur 13 tahun dan keatas) RM 7
Eksklusif VIP (barisan duduk di hadapan+kerusi empuk banquet) RM 10
Keluarga (2 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak) RM 30
Kumpulan kanak-kanak (40 0rang) RM 150
Kumpulan Dewasa (40 orang) RM 200

Untuk hiburan :

Nasyid
Makar Ilusi
Pentomin
Anakdot Puitis
Band secara langsung!

Menampilkan artis seperti :

Nazrey Johani
Amar
Muadz
Algebra Band
Soul Group of Pentomin
Ustaz Fahmi Abu Bakar
DJ Miftah (Cahaya Nasyid@SeriFM/Singapura)

SILA ISI BORANG DI BAWAH UNTUK TEMPAHAN TIKET ONLINE



Read More......
Tuesday, May 25, 2010 Posted in | | 0 Comments »


Anda nak tahu apa itu Makar Ilusi? Datanglah dan saksikan sendiri persembahan Makar Ilusi eksklusif hanya di Karnival Konsert Aura Magika Ummah !

Klu : Surah al-Anfaal (8), ayat 30

Read More......
Monday, May 24, 2010 Posted in | | 0 Comments »


7 Mei 2010, 10 pagi : Perjumpaan urusetia KAMU bersama Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Hj. Hassan Ahmad di Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang membuahkan restu daripada beliau terhadap KAMU. Beliau memuji usaha ini dan bersedia untuk bekerjasama dalam penganjuran program ini. Namun sedikit pindaan diminta oleh beliau iaitu aktiviti 'SILAP MATA' dinamakan dengan nama lain atas alasan ia kadang-kala bersangkutan dengan sihir. Tidaklah bermakna silap mata anjuran KAMU melibatkan sihir. Bukan pula bermakna silap mata itu perlu dimansuhkan daripada tentatif KAMU, akan tetapi hanya jenamanya dijernihkan sesuai dengan kejernihan nama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Urusetia KAMU akur, namun masih belum mendapat nama yang sesuai bagi aktiviti utama tersebut. Anda ada cadangan?

Read More......
Sunday, May 16, 2010 Posted in | | 0 Comments »

Dalam kekalutan urusetia KAMU 'mengambus lubang-lubang tugasan' tugas-tugas khas, Sdr. Mohd Fadli Amir Mohd Sobri daripada Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE) bersedia menghulurkan tangannya kepada urusetia KAMU bagi menggantikan Sdr. Fikri Nazari yang direhatkan berikutan kemalangan yang dialaminya. Bantuan yang diharapkan daripada sentuhan pakar ICT ini menjadikan urusetia KAMU semakin bertenaga dalam merencana dan menggerakkan tugasan KAMU. Alhamdulillah, DIA Yang Maha Berkuasa mempermudahkan urusan ini.

Read More......
Posted in | | 0 Comments »


27 April 2010, 8.50 malam : Pengarah Karnival KAMU menerima panggilan yang amat mengejutkan daripada Urusetia Tugas-tugas Khas Karnival KAMU, Saudara Fikri Nazari. Dalam perbualan singkat itu, Pengarah difahamkan beliau kini dirawat di Hospital Kangar akibat terjatuh dari TINGKAT TIGA bangunan asramanya. Akibat daripada itu, tangan dan kaki beliau patah serta rahang beliau mengalami kecederaan serius. Urusetia-urusetia Karnival KAMU kini kehilangan khidmat seorang aktivis yang gigih berusaha dan berkerjasama dalam memastikan kelancaran Karnival KAMU. Para urusetia Karnival KAMU mendoakan kesejateraan dan kesihatan buat Saudara Fikri Nazari. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang mencabar ini. Syafahullah...

Read More......
Tuesday, April 27, 2010 Posted in | | 0 Comments »


25 April 2010, 9.30 malam : Arakian terjadinya penyaksian kepada ceritera kedai kopi yang dilipurlarakan oleh penglipurlara-penglipurlara Karnival KAMU. Sayugianya bukanlah mitos mahupun lagenda, bahkan terpahat cita-cita menggunung dalam menjayakan Karnival KAMU. Walaupun yang tersurat pada mata hitamnya sebagai ceritera kedai kopi, namun tersiratnya hanya Tuhan kepada penglipurlara-penglipurlara jualah yang mengetahui. Akan tetapi, percayalah ! Karnival KAMU bakal bergegar disapa puing-puing gelojak cinta dan ukhuwah melewati aktiviti-aktiviti yang semakin rencam. Dengan sukacitanya kami penglipurlara-penglipurlara Karnival KAMU mempersembahkan kepada anda semua, resepi cinta dan ukhwah terbaru Karnival KAMU...

..:: Planetarium ::. .:: CinemaOnKAMU ::. .:: Kids Playland ::. .:: Realize Castle ::.

Jangan Ketinggalan...Marilah Sertainya...Hanya Sekali Setahun...Mungkin Jua Sekali Seumur Hidup !

Read More......
Monday, April 26, 2010 Posted in | | 0 Comments »


21 April 2010, 10 malam : Mesyuarat tergempar yang melibatkan Penasihat Karnival KAMU dan Urusetia Karnival KAMU mengambil satu keputusan drastik iaitu Karnival KAMU akan bertangguh ke tarikh 31 Julai 2010 atas sebab-sebab tertentu. Selain itu, perbahasan berkaitan dana Karnival KAMU juga menghangatkan agenda mesyuarat. Semoga perbahasan dan keputusan dalam mesyuarat ini akan memberi impak yang lebih baik kepada Karnival KAMU. InsyaAllah...

Read More......
Thursday, April 22, 2010 Posted in | | 0 Comments »


PAKEJ IKLANIAGA yang disediakan adalah :

a ) mukasurat berwarna bersaiz A4
bagi penajaan RM 400


b) mukasurat berwarna bersaiz ½ A4
bagi penajaan RM 200

c) mukasurat berwarna bersaiz ¼ A4
bagi penajaan RM 100

d) mukasurat hitam putih bersaiz A4
bagi penajaan RM 200

e) mukasurat hitam putih bersaiz ½ A4
bagi penajaan RM 100

f) mukasurat hitam putih bersaiz ¼ A4
bagi penajaan RM 50


4 LANGKAH TEMPAHAN ONLINE :


(1) Muat turun (save image as) borang iklaniaga. Kemudian isi borang selengkapnya.

(sila klik pada imej sebelum memuat turun borang ini)


(2) Membuat pembayaran di bank atas nama :

PUSAT PENYELIDIKAN DAN PENGEMBANGAN KOMUNITI
AKAUN AFFIN BANK : 10-060-000442-9

(3) Serah borang bersama salinan RESIT BANK bukti pembayaran melalui :

email : beliajuaraummah@gmail.com
atau
fax ke : 04 - 398 1527
atau
pos ke : SERAMBI DAKWAH (BANGUNAN SURAU), LORONG BAGAN LALANG 22, TAMAN BAGAN LALANG, BAGAN LALANG, 13400 BUTTERWORTH, PULAU PINANG.

(4) Memaklumkan kepada urusetia berkenaan :

Saiful : 019 - 413 1472
atau
Amir : 013 - 706 9509

TARIKH TUTUP TEMPAHAN : 30 JUN 2010

Read More......
Thursday, April 15, 2010 Posted in | | 0 Comments »


PAKEJ yang disediakan untuk SETIAP TAPAK adalah merangkumi :

..:: Tapak berkeluasan 3 x 3 meter ::..
..:: 2 buah meja panjang ::..
..:: 2 buah kerusi banquet ::..
..:: 1 plug point ::..
..:: Berlantai marmar ::..
..:: Berbumbung ::..
..:: Banner perniagaan ::..


TERMA & SYARAT :


1. Keutamaan kepada peniaga barangan kering dan makanan ringan.

2. Makanan basah dibenarkan dengan syarat tidak melibatkan api atau seumpamanya yang membahayakan keselamatan premis.

3. Antara barangan yang dilarang dijual :

a) merbahaya : senjata, mercun dan seumpamanya.


b) bertentangan dengan Islam : barangan bercorak checkered, cekak bertanduk, rokok dan seumpamanya.

4. Peniaga wajib MENUTUP AURAT dan MENEPATI KEWAJIPAN SOLAT.

5. Penggerai dan gerai terbaik akan dinobatkan pada akhir program dan layak menerima hadiah daripada pihak urusetia.


4 LANGKAH TEMPAHAN ONLINE :

(1) Muat turun (save image as) borang tempahan tapak jualan Karnival KAMU. Kemudian isi borang selengkapnya.

(sila klik pada imej sebelum memuat turun borang ini)


(2) Membuat pembayaran di bank atas nama :

PUSAT PENYELIDIKAN DAN PENGEMBANGAN KOMUNITI
AKAUN AFFIN BANK : 10-060-000442-9

(3) Serah Borang bersama salinan RESIT BANK bukti pembayaran melalui :

email : beliajuaraummah@gmail.com
atau
fax ke : 04 - 398 1527
atau
pos ke : SERAMBI DAKWAH (BANGUNAN SURAU), LORONG BAGAN LALANG 22, TAMAN BAGAN LALANG, BAGAN LALANG, 13400 BUTTERWORTH, PULAU PINANG.

(4) Memaklumkan kepada urusetia berkenaan :

Zhafri : 019 - 455 4508
atau
Akmal : 013 - 200 7503


Tempahan diterima mengikut 'siapa cepat dialah dapat' !

Tempahan awal mendapat tapak yang berhampiran pintu masuk Dewan Milenium !

Rebutlah peluang keemasan ini dan berurusanlah bersama 10,000 pengunjung Karnival Konsert Aura Magika Ummah !

Read More......
Posted in | | 0 Comments »

Siapa Algebra?

Algebra adalah gabungan 5 anak muda iaitu Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar), Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer), Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar) dan Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer) yang merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser juga merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com.

Band Nasyid Pertama

Walaupun kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada di Malaysia berbentuk “vocal group”, namun Algebra membawa kelainan dalam industri nasyid tanah air apabila muncul sebagai kumpulan nasyid pertama yang tampil dalam bentuk “band”. Ini merupakan satu langkah yang berani di sebalik masih terdapat segelintir pihak yang masih berpendapat bahawa penggunaan alat muzik bertali dan tiupan tidak islamik.



(pause nasyidFM terlebih dahulu) Dengarkan...

mp3 Aku Rela



mp3 Yang Benar Tetap Benar

Read More......
Tuesday, April 6, 2010 Posted in | | 0 Comments »



PENGARAH mohammad akmal abdul aziz
+60 013 200 7503
Pengasas Simposium Bring Islam Back! (SBIB)


SETIAUSAHA nurfitri amir muhammad
+60 013 706 9509
Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)


BENDAHARI mohd zaidi husain
+60 013 261 4371
Aktivis Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)



PENGURUSAN ARTIS ahmad hafiz mohammad
+60 013 628 8764
Presiden Penang Muslim Student Association (PISA)



PROMOSI & PEMASARAN mohd saiful afindi
+60 019 413 1472
Koordinator Aman Pattani (AMANI)



KOORDINATOR KONSERT muhammad haafizuddin abirerah
+60 013 629 4570
Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) / Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia



KOORDINATOR KARNIVAL ahmad zhafri md noor
+60 019 455 4508
Pengerusi Jaringan Pemuda Dakwah Islamiyyah (JUNDIYY)



TUGAS-TUGAS KHAS ahmad fikri ahmad nazari
+60 013 309 0126
Aktivis Penang Muslim Student Association (PISA)


TUGAS-TUGAS KHAS mohd fadli amir mohd sobri
+60 013 515 8688
Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)

Read More......
Tuesday, March 30, 2010 Posted in | | 0 Comments »


DEWAN MILENIUM, KEPALA BATAS, PULAU PINANG






( klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar dan lebih jelas)

Read More......
Sunday, March 28, 2010 Posted in | | 0 Comments »

Tentatif Karnival


08.00 pagi | Ceramah Motivasi
10.00 pagi | Pertandingan Coral Speaking Sekolah Rendah / Booth Jualan dan Pameran Dibuka
12.00 pagi | Kaunter Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah Dibuka / Penyampaian Hadiah Pertandingan Coral Speaking Sekolah Rendah

01.00 petang | Rehat dan Solat Zohor Berjemaah
02.00 petang | Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah / Pertunjukan Drift Kereta / Riadah Berkuda
03.00 petang | Pertandingan Street Soccer
04.00 petang | Penyampaian Hadiah Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah
04.30 petang | Rehat dan Solat Asar Berjemaah
05.00 petang | Penyampaian Hadiah Pertandingan Street Soccer
05.30 petang | Forum Perdana Isu Gejala Sosial / Persediaan Akhir Konsert (Final Sound Check)

07.00 malam | Rehat dan Solat Maghrib Berjemaah
08.00 malam | Kuliah Maghrib
08.30 malam | Solat Isya Berjemaah
09.00 malam | Konsert berlangsung

Tentatif Konsert

08.00 malam | Kehadiran Tetamu VIP
09.00 malam | Perasmian
09.15 malam | Persembahan Pembukaan Algebra
09.25 malam | Silap Mata dan Nasyid Amar
09.35 malam | Nasyid Nazrey Johani
09.50 malam | Nasyid Algebra ft Muadz
10.00 malam | Pentomen dan Anekdot Tazkirah
10.10 malam | Nasyid Nazrey Johani
10.25 malam | Silap Mata dan Nasyid Amar
10.40 malam | Nasyid Algebra ft Muadz
10.50 malam | Pentomen dan Anekdot Tazkirah
11.00 malam | Nasyid Nazrey Johani
11.10 malam | Nasyid by All Artis
11.15 malam | Penutup dan Bersurai

Read More......
Posted in | | 0 Comments »

Menyediakan kepada masyarakat aktiviti sosial dan hiburan berlandaskan Islam yang mendidik rohani seterusnya membawa masyarakat menghayati ajaran Islam itu sendiri.

Menunaikan tanggungjawab sosial setiap manusia iaitu menyampaikan mesej dakwah dan memperbaiki kelompangan dalam kehidupan masyarakat.

Mengumpul dana bagi mengisi tabung dakwah, kebajikan dan kemanusiaan KOMUNITI

Memperkenalkan KOMUNITI kepada masyarakat sebagai badan bukan kerajaan yang berteraskan Islam yang sedang giat membangunkan modal insan, pendidikan, kebajikan dan sosial khususnya di Pulau Pinang.

Menjalin serta mengeratkan hubungan antara masyarakat, badan bukan kerajaan serta kerajaan.

Read More......
Posted in | | 0 Comments »

RuAnG RiUh RiA kAmU !